Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya menahan dua bot yang disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan pesisir pantai Kampung Bakau lewat tengahari Sabtu.

PPM Wilayah 4 Sandakan gagalkan cubaan seludup petrol dan minyak masak

SANDAKAN, 5 Jun : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya menahan dua bot yang disyaki membawa barang kawalan tanpa permit di kawasan pesisir pantai Kampung Bakau lewat tengahari Sabtu.

Pegawai PPM Wilayah 4 Sandakan, DSP Rusdi Banin berkata pihaknya telah menahan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan itu.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bot itu membawa barang kawalan iaitu beberapa jeriken petrol dan minyak masak.

“Nilai rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM44,757.50. Semua barang rampasan kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya satu kertas siasatan akan dibuka bagi kes itu di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, komuniti maritim dan persisir pantai disaran untuk menyalurkan maklumat kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp di talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan