Search
Close this search box.
Sarawak akan memberikan tumpuan sebanyak 60% kepada penggunaan hidrogen.
Sarawak sasar penggunaan 60 peratus tenaga hidrogen, kata Dr Hazland Abang Hipni.

Sarawak fokus kuasa hidrogen, ‘mahu’ kurangkan penggunaan minyak dan gas

ByAmirah Shawel

KUCHING, 4 Jun : Sarawak menyasarkan untuk mencapai 60 peratus penggunaan hidrogren sebagai bahan bakar di negeri ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni berkata, pada masa sama kerajaan negeri juga mahu memberi tumpuan terhadap pengeluaran tenaga hidrogen sekaligus menjana pendapatan negeri.

Ujar beliau, ini akan membolehkan Sarawak tidak perlu lagi bergantung kepada minyak mentah dan gas asli berikutan perkembangan global mutakhir ini membabitkan dua bahan bakar utama itu.

“Hidrogen akan menjadi satu kuasa besar sebagai bahan api pada masa akan datang, maka ia akan menjadi fokus utama kita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Alam Sekitar Sedunia di sini malam tadi.

Dr Hazland berkata, polisi Sarawak terhadap tenaga hidrogen adalah sangat jelas malah telah disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Persidangan Hidrogen Dunia (WHS) 2022 di Rotterdam, Belanda pada bulan lepas.

Abang Johari berkata, Sarawak bersedia untuk menjadi salah satu peneraju utama bagi industri hidrogen dunia.

Sementara itu, Dr Hazland berkata, sebagai permulaan ke arah meningkatkan penggunaan hidrogren, Sarawak akan melakukannya secara berperingkat.

“Bagi beberapa sektor, kita (Sarawak) tetap akan guna sumber asli lain termasuklah tenaga solar, elektrik dan gas,”katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, faktor seperti sumber hidrogen yang lebih ‘mesra’ alam sekitar juga turut menarik minat Sarawak untuk menjadi pemacu penggunaannya di Malaysia dan rantau ini.

“Ketika ini kilang hidrogen telah dibina di Sarawak dan kita menjangkakan akan dapat mengeksport tenaga hidrogren ke Eropah yang menunjukkan minat,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Sarawak dengan kerjasama ZHA Environmental Sdn. Bhd.  dan Sar-Alam Indah Sdn Bhd. (SAI) akan menjadi penggerak kepada kelestarian alam sekitar negeri ini bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan