Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) mempergiatkan program persediaan usahawan muda (YES) bagi memperkasa dan menggalak penyertaan golongan muda dalam bidang itu.

YES terus perkasa belia dalam keusahawanan

KUCHING, 1 Jun : Kerajaan Sarawak, melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MySED), mempergiatkan program Persediaan Usahawan Muda (YES) bagi memperkasakan dan menggalakkan penyertaan golongan muda dalam bidang keusahawanan.

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat, program itu mendedahkan potensi besar bidang tersebut selain menarik minat golongan belia untuk menerokainya melalui pendekatan dan strategi yang betul.

“Program ini bagi mendedahkan belia kepada tatacara untuk memulakan perniagaan, dengan memberi pendedahan awal kepada belia supaya mereka mengetahui proses awal untuk menjadi usahawan,” katanya.

Program lain dalam kalender program MySED atau ‘Calender of Program’ (COP) termasuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan perniagaan, pemasaran perdagangan digital dan pelbagai lagi.

Menurut Ripin, kesemua program itu menjurus ke arah pembentukan usahawan, bermula daripada peringkat awal sehingga mereka berjaya.

“Belia kita memang ramai berminat untuk menjadi usahawan, tetapi mempunyai kekangan untuk memulakan perniagaan, dan isu tersebut perlu disuarakan untuk dibawa kepada Premier Sarawak bagi pertimbangan beliau,” katanya.

Sementara itu, YES dijangka akan diadakan di Sibu pada Julai akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan