Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelakon popular, Yana Samsudin yang juga dikenali sebagai Kakyong, kini bergiat aktif dalam platform E-sport yang dimilikinya.
Pelakon popular, Yana Samsudin yang juga dikenali sebagai Kakyong, kini bergiat aktif dalam platform E-sport yang dimilikinya.

Dari pelakon popular ke ekonomi digital, Yana Samsudin kini aktif sebagai ‘streamer’

ByAkma Salleh

LEBIH 10 tahun lalu, nama Yana Samsudin merupakan antara yang ‘paling hangat’ dalam industri perfileman negara kerana bakat luar biasanya.

Pernah ditabalkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular sebanyak dua kali, sudah membuktikan kehadirannya dalam industri diterima baik.

Selepas mendirikan rumah tangga, Yana,38, atau nama sebenarnya Norliana Samsudin mula memperlahankan aktiviti seninya dan hanya muncul dalam beberapa ‘projek terpilih’ sahaja.

Terbaharu, bintang Bini – Biniku Gangster ini berkongsi kepada TVS, dia kini bergiat aktif di platform e-sport sejak dua tahun lepas malah antara selebriti tempatan paling awal bergelar streamer.

Dari lokasi penggambaran ke ekonomi digital

Dedah Yana, pada mulanya, dia ‘menyertai’ permainan iaitu PUBG-Mobile yang menjadi trend anak muda ketika itu untuk mengisi masa lapang.

Selepas itu akui Yana, dia menyedari terdapat ramai bakat muda dalam permainan tersebut malah mempunyai potensi besar menjana pendapatan.

“Mereka sangat berpotensi untuk terus maju dalam bidang e-sukan.

“Oleh itu timbul idea untuk mewujudkan platform saya sendiri bertujuan untuk membangunkan modal insan,”katanya kepada TVS baru – baru ini.

Menurut Yana yang popular dengan panggilan Kak Yong, ketika ‘bermula’ dahulu, e-sport masih ‘belum besar’ dan bakat muda seolah -olah tidak ada bimbangan dan hala tuju.

“Sebab itu saya menubuhkan Yana Samsudin E-sport (YSX) untuk kita jaga bakat ini selain mengembangkan lagi potensi mereka,”katanya.

Selain Yana, beberapa artis tempatan seperti Zahiril Adzim dan Elizabeth Tan turut melibatkan diri menerusi permainan video secara penstriman.

Filem baharu bakal keluar 

Berbicara tentang aktiviti seninya, Yana berkata, dia bukanlah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan sebaliknya memberi tumpuan kepada aktiviti perniagaan, keluarga dan e-sport.

Dedah pelakon yang telah membintangi 26 buah filem ini, karya terbaharunya dijangka akan menemui penonton pada hujung tahun ini.

“Ini projek istimewa kerana filem berjudul Kak Yong ini merupakan sambungan filem Bini – Biniku Gengster yang pernah box office dahulu,”katanya.

Kata Yana, sebaik sahaja ditawarkan untuk terlibat dalam naskah itu, dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berkenaan.

Ketika ditanya penglibatannya dalam dunia nyanyian pula, Yana berkata dia tidak menolak sekiranya mendapat keizinan daripada suami, Fadzil Bahri Zahari.

“Kalau dapat ‘greenlight’ daripada suami, Yana boleh menyanyi, Yana akan buat.

“Sejujurnya untuk apa-apa persembahan buat masa ini, memang saya perlahankan dulu, saya fokus dengan urusan keluarga dan juga perniagaan,”katanya.

Teruja sambut Hari Gawai 

Sementara itu ditanya tentang ‘kemunculannya’ di Sarawak, senyuman terukir pada wajah graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kata Yana, setelah dua tahun tidak berpeluang untuk pulang menyambut Hari Gawai ekoran pandemik COVID-19, dia gembira dapat berbuat demikian pada tahun ini.

“Saya amat rindukan kelurga dan saudara mara di sini serta pastinya kemeriahan Hari Gawai di Sarawak.

“Saya mahu bertemu mereka untuk bertanya khabar,” katanya.

Ditanya tentang lokasi sambutan, Yana berkata, keluarganya akan meraikan perayaan itu di Serian. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found