Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lundu berpendapat kawasan itu memerlukan pekan baharu memandangkan kawasan sedia ada sudah sesak ketika ini. Foto TVS.

ADUN Opar cadang buka pekan baharu di Lundu

KUCHING, 29 Mei : Cadangan bagi mewujudkan pekan baharu di Lundu adalah kerana ‘pekan lama’ ketika ini sudah mencapai tahap kepadatan penduduk yang tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Billy Sujang berkata, Pekan Lundu ketika ini juga sesak dan cadangan untuk ‘memperbesarkan’ pekan sedia ada merupakan perancangan pembangunan yang wajar.

Katanya, ‘pembukaan’ pekan baharu juga bertujuan untuk memajukan kawasan itu.

“Sekiranya dibuka pekan baharu, kita perlu melengkapkan dengan kemudahan infrastruktur seperti pejabat pentadbiran, pasar, stesen minyak, kedai makan dan kedai runcit untuk mengembangkan lagi ekonomi penduduk,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Temaga Melayu di sini hari ini.

Menurut Billy, perancangan secara komprehensif diperlukan dalam melonjakkan pembangunan Lundu dan perlu memastikan pekan baharu itu kelak tidak menjadi projek ‘gajah putih’.

“Saya tidak mahu apabila kita telah menyediakan prasarana, tidak ada orang yang akan menjalankan perniagaan di situ,”katanya.

Sehubungan itu belia memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Lundu, Jabatan Tanah dan Survei dan Unit Perancangan Negeri (SPU) untuk meninjau tapak sesuai untuk membangunkan pekan baharu selepas Hari Gawai.

Sementara itu, pada majlis itu, pejabat ADUN Lundu turut menyerahkan peruntukan RM17, 000 jawatankuasa dan biro penduduk Kampung Temaga Melayu untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan