Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (US$495,000), lapor Sputnik.

Nombor plat Piala Dunia FIFA dijual dengan harga kira-kira US$500,000

DOHA, 28 Mei : Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (US$495,000), lapor Sputnik.

Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.

Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara Teluk. Lapan tahun lalu, nombor plat “333355” dijual dengan harga 200 juta riyal (US$55 juta).

Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan