Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran yang berlaku di bilik server SAINS di Wisma Bapa Malaysia semalam telah menjejaskan operasi.

Sistem SAINS dijangka kembali beroperasi Isnin susulan kebakaran

ByNurul Amarlina

KUCHING, 27 Mei: Sistem dan perkhidmatan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) sedang dipulihkan susulan kebakaran melibatkan bilik servernya di Petra Jaya, di sini semalam.

Menurut kenyataan, sistem yang dipulihkan termasuk yang kritikal kepada operasi syarikat berkenaan.

“Kami komited untuk meneruskan usaha memastikan majoriti sistem dan perkhidmatan dapat beroperasi menjelang Isnin depan,” kata SAINS menerusi kenyataan media hari ini.

Semalam, kebakaran di premis SAINS di  Wisma Bapa Malaysia berlaku kira-kira pukul 7.13 malam namun berjaya dikawal oleh pasukan bomba. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan