Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Program Juh Bermukun 76 tanpa henti untuk catatan Malaysia Book of Records di sini hari ini.

Sarawak ‘marah’ jika terjun digugurkan dari SUKMA, acara itu sumbang pingat di Olimpik

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 27 Mei : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disaran menyemak semula kriteria yang ditetapkan dalam menentukan acara sukan yang akan dianjurkan pada Sukan Malaysia (SUKMA).

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA harus dilihat dari perspektif yang betul.

Katanya, ini kerana terdapat pasukan negeri yang membuat pelaburan besar dalam pembangunan sukan berdepan isu acara tertentu digugurkan pada SUKMA.

“Sebab utama (sukan) digugurkan ialah kerana tidak menepati syarat lapan negeri sekurang – kurangnya perlu mengambil bahagian.

“Ini menyebabkan acara sukan seperti terjun berkemungkinan tidak dapat dipertandingkan walaupun sukan itu menyumbang pingat kepada negara kita di Sukan Olimpik,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Juh Bermukun 76 tanpa henti untuk catatan Malaysia Book of Records di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, Menteri Belia dan Sukan ‘mesti’ mempunyai kuasa untuk memperbetulkan isu berkenaan.

Berhubung isu ‘hilang atlet’ akibat patah semangat setelah sukan yang diceburi mereka tidak dipertandingkan meskipun telah melakukan persiapan selama bertahun, Abdul Karim berkata, Sarawak mempunyai cara untuk menangani isu berkenaan.

“Kerajaan negeri telah menguruskan atlet pelapis Sarawak dengan baik dengan pemberian elaun yang sewajarnya kepada mereka sebagai persiapan menghadapi temasya berkenaan.

“Jumlah elaun yang kita berikan adalah bersesuaian namun tidak sebanyak yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kerana perbezaan prestasi dan pencapaian antara atlet  baharu dan lama,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan