Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penasihat FENIX360, Sandy Monteiro (kanan) dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360, Allan Klepfisz (kiri) menyifatkan aplikasi ini membenarkan para artis membuat integrasi kandungan asal secara mudah dari akaun YouTube, Instagram dan Meta mereka

Platform media sosial berevolusi khas buat penggiat seni promosi karya

ByTVS

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 : Sebuah platform artist-centric, FENIX360, akan mengubah perniagaan tradisional para artis dengan pengalaman ekosistem 360 dan model pembayaran yang akan membolehkan artis dan pembikin atau pencipta muzik/seni mengekalkan majoriti hasil pendapatan melalui platform tersebut.

Melalui cara tradisional terdahulu, industri telah menggunakan perkhidmatan orang tengah, mewujudkan sebahagian besar kos yang berlebihan dan tidak diperlukan, membuatkan artis atau pencipta dalam kategori non-superstar hampir tidak mendapat sebarang hasil.

Menggunakan platformnya secara menyeluruh, ‘cara lama’ itu bakal ditukarkan FENIX360.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360, Allan Klepfisz, menerusi platform ini juga para artis dari semua cabang seni — pemuzik, pelakon, model, pelawak, penari dan pelukis, boleh menjangkakan hasil pengiklanan sebanyak 80 peratus  serta 95 peratus dari NFT, merchandise, tiket serta hasil livestream dalam ekosistem baru  yang dijanakan oleh teknologi secara blockchain.

“Kami sangat gembira jika ada pihak lain yang akan mengikut jejak kami dalam memperjuangkan kebajikan para artis.”

Kami menyajikan sesuatu yang hebat dan sumber yang belum diterokai untuk mengembangkan  pendapatan artis,” ujarnya semasa majlis pelancaran FENIX360 di ibu negara, baru-baru ini.

Turut hadir beberapa artis tempatan seperti Shila Hamzah, Sekumpulan Orang Gila (SOG) serta Sarimah Ibrahim sebagai pengacara majlis.

Artis tempatan, Shila Hamzah, SOG dan Sarimah Ibrahim hadir memberi sokongan pada majlis pelancaran FENIX360 di Bangsar, baru-baru ini

FENIX360 juga dianggap sebagai sebuah aplikasi sosial media untuk semua, membenarkan para artis untuk membuat integrasi kandungan asal secara mudah dari akaun YouTube, Instagram dan Meta mereka.

Tidak seperti sosial media yang lain, FENIX360 mengembangkan pertumbuhan artis di platform sosial media yang sedia ada malah menyediakan kebolehan advanced seseorang artis atau sesiapa sahaja untuk mencipta aplikasi yang mudah dikongsi dalam masa kurang 20 minit.

“Untuk para pengguna dan peminat, mereka boleh menggunakan aplikasi ini untuk menonton semua kandungan dan video artis dan dapat melayari dunia artis tersebut melalui aplikasi yang dibuat secara ‘self-constructed’,” ujarnya lagi.

FENIX360, sebuah platform media sosial berevolusi dengan ciri advanced dilancarkan di Malaysia untuk menyediakan artis, pencipta dan peminat sebuah pengalaman baharu dan monetization model.

Sementara itu, Pengasas serta Presiden FENIX360, Lance Ford berharap dengan kemudahan yang disediakan itu, ia dapat mewujudkan generasi pembikin aplikasi yang bersemangat.

“Ini merupakan cetusan idea pasukan antarabangsa dengan kepakaran hebat dan pemegang rekod berprestasi dalam sektor teknologi, muzik, seni, kewangan serta media,” katanya.

Dalam pada itu, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi Blockchain FENIX360, Tomas Varga memberitahu, menerusi aplikasi tersebut, artis boleh mendapat bayaran dengan mudah tanpa kerumitan untuk menyediakan sistem e-dagang, menghasilkan NFT mereka sendiri tanpa kesukaran teknologi, mempunyai akses kepada dashboard dan rangkaian perkhidmatan untuk mempertingkatkan kerjaya mereka.

“Inilah uliti sebenar yang boleg digunakan para penggiat seni uantuk mempromosikan diri mereka seperti live tour, penjualan tiket, pemasaran dan produksi,” katanya.

FENIX360 kini boleh didapati di laman web, Apple iOS dan stor Android. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan