Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC meraih tiga mata penuh selepas menumbangkan Perak FC 2-1 di Kuching malam ini.

Kuching City FC benam Perak FC 2-1 di Petra Jaya

KUCHING, 27 Mei : Kuching City FC menampilkan aksi cemerlang ketika menerima kunjungan Perak FC pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini.

Skuad kendalian jurulatih berpengalaman Irfan Bakti berjaya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas berjaya menundukan pelawat 2-1 sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan menerusi sepakan sudut oleh Alif Hasan pada minit ke- 36.

Masuk pada babak kedua, The Cat terus menambah tekanan kepada anak-anak buah Yusri Che Lah apabila penyerang kelahiran Liberia, Abu Kamara menambah jaringan pada minit ke- 59.

Asakan bertali arus daripada pasukan pelawat bagaimanapun membuahkan hasil setelah dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Hakimi Mat Isa pada minit ke- 62.

Keputusan 2-1 kekal hingga ke wisel penamat dengan Kuching City FC berjaya memungut tiga mata penuh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan