Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eksport getah dan produk getah dijangka meningkat kepada RM140 bilion tahun ini berbanding RM71 bilion yang dicatatkan semasa 2021 dan RM49.2 bilion pada 2020, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Keputusan rasmi berhubung permohonan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan diumumkan oleh presiden parti itu Larry Sng, setelah beliau kembali dari luar negara. Foto: Bernama

Keputusan permohonan Zuraida sertai PBM diumum selepas 7 Jun – Presiden PBM

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Keputusan rasmi berhubung permohonan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan diumumkan oleh presiden parti itu Larry Sng, setelah beliau kembali dari luar negara.

Sng dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau akan berlepas ke luar negara hari ini dan dijangka pulang ke tanah air pada 7 Jun nanti.

“Saya baru dimaklumkan tentang pengumuman Yang Berhormat Datuk Zuraida Kamaruddin yang berhasrat menyertai PBM.

“Kami akan membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan kemasukannya apabila saya balik dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata pimpinan pusat parti akan membincangkan permohonan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada proses yang wajar dalam permohonan keahlian.

“Saya ingin mengulangi bahawa PBM mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkongsi perjuangan parti,” katanya.

Semalam, Zuraida yang sebelum ini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti berkenaan dan akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan