Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak ,Dr Hazland Abang Hipni hadir pada sidang media IDECS 2022 hari ini.

IDECS 2022 kembali dengan dua acara baharu

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Mei : Program Satelit Digital dan Anugerah Ekonomi Digital merupakan dua acara baharu yang akan dilangsungkan sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022  pada bulan depan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni berkata, Program Satelit Digital yang merupakan acara pembukaan akan melibatkan 160 program yang dianjurkan oleh universiti, rakan industri dan agensi di seluruh Sarawak.

Bagi Anugerah Ekonomi Digital (DEA) pula katanya, ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelbagai sektor seperti sektor awam dan swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang menyumbang kepada langkah Sarawak menjadi sebuah negeri digital.

“Program yang diadakan sempena IDECS selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID 2030 yang telah dilancarkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,”katanya pada sidang media hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Saintis dan Timbalan Ketua Penasihat Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Prof. Ir.  Ts.  Dr Al-Khalid Othman.

Sementara itu, Dr Hazland turut memberitahu, beberapa topik yang menyentuh potensi ekonomi hidrogen, globalisasi, daya tahan rantaian bekalan, penggabungan penggalian, Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), industri kreatif, komuniti digital dan peralihan ke arah  ekonomi rendah karbon akan diutarakan.

“Ini sesuai dengan dasar Sarawak yang turut memberi tumpuan kepada isu pemanasan global dan perbincangan ini penting dalam mengemukakan strategi bagi mengatasi isu berkenaan,”katanya.

Persidangan IDECS 2022  kali ini bakal disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook  TVS dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang awam boleh melayari idecs.sarawak.gov.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan