Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Irma & Joe Garcia
Irma Garcia, seorang daripada dua guru yang terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Uvalde, Texas, Amerika Syarikat dilaporkan ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan memeluk erat murid-muridnya. Foto: GoFundMe

Guru maut peluk murid ketika sekolah diserang, suami pula meninggal akibat serangan jantung

ByNurul Amarlina

KUCHING, 27 Mei : Irma Garcia, seorang daripada dua guru yang terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Uvalde, Texas, Amerika Syarikat dilaporkan ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan memeluk erat murid-muridnya.

Perkara itu didedahkan anak saudaranya, John Martinez kepada New York Times susulan tragedi berdarah yang turut membunuh 19 murid di Sekolah Rendah Robb, kelmarin.

“Dia memeluknya muridnya sehingga ke akhir hayat. Dia mengorbankan dirinya untuk melindungi mereka di dalam kelas, dia adalah hero,” tulisnya pada laman kutipan dana yang diasaskan untuk membantu keluarga guru berkenaaan.

Sementara itu, empat anak Irma yang berusia 12 hingga 23 tahun kini berdepan ujian baharu apabila mereka bergelar yatim piatu.

Ini kerana bapa mereka, Joe Garcia dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung yang dikaitkan dengan peristiwa berdarah yang mengorbankan isterinya.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama 24 tahun dan Irma bersama Eva Mirales, seorang lagi guru yang terkorban dilaporkan telah mengajar di sekolah berkenaan selama lima tahun lapor BBC.

Sementara itu, siasatan pihak berkuasa berhubung tragedi tembakan itu kini menimbulkan persoalan tentang aspek keselamatan di lokasi kejadian.

Reuters yang memetik pihak polis tempatan melaporkan, suspek, Salvador Ramos yang memakai sut perisai dan membawa senapang AR-15 masuk ke sekolah itu menerusi pintu utama yang tidak dikunci malahan tidak ada pemeriksaan dilakukan ke atasnya.

Pegawai Keselamatan Awam Texas, Victor Escalon juga mendedahkan, ketika kejadian tidak ada pegawai polis bersenjata yang bertugas di situ.

Pendedahan terbaharu itu dilihat bercanggah dengan laporan awal yang menyebut Ramos bertemu dengan seorang pegawai polis di luar sekolah sebelum bertindak ‘gila’ melepaskan tembakan rambang.

Escalon berkata, pintu yang digunakan oleh penembak itu juga ‘mungkin’ tidak berkunci dan pihaknya akan menyiasat aspek berkenaan.

Pendedahan itu dibuat pegawai berkenaan dalam sidang media.

Beliau turut menyifatkan pegawai polis yang paling awal tiba selepas kejadian itu turut berdepan situasi rumit.

Sementara itu, menurut CBS News, berbeza dengan kes pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi Columbine di Colorado pada 1999, pada ‘kebiasaannya’ bilangan kematian tembakan rambang di sekolah hanya satu digit.

Namun sejak tragedi itu, bilangan tembakan yang melibatkan sekolah dan pembunuhan 10 orang atau lebih telah meningkat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan