Search
Close this search box.
Cukai Jualan Negeri (SST) daripada penghasilan minyak dan gas menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negeri.

DUN Sarawak : Cukai minyak dan gas sumbang RM8.52 bilion kepada negeri

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Mei : Kutipan Cukai Jualan Negeri (SST) daripada penghasilan minyak dan gas sebanyak RM8.52 bilion menjadi penyumbang utama kepada pendapatan kerajaan negeri.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, SST itu dikutip daripada minyak mentah dan gas asli cecair sejak 1 Januari 2019.

“Jumlah itu adalah daripada RM11.01 bilion iaitu keseluruhan kutipan SST setakat ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menambah menerusi Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) yang ditandatangani PETRONAS dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) pada 7 Disember 2020 telah memberi hak kepada syarikat di bawah kerajaan negeri itu untuk mengawal selia dan memantau minyak, perlombongan dan penerokaan di semua kawasan daratan Sarawak.

Katanya, PETROS turut melakar beberapa pencapaian membanggakan termasuk kontrak 29 tahun untuk Blok Pesisir Sarawak SK433, Adong Kechil di kawasan Miri-Marudi.

“Selain itu, ia juga memiliki kepentingan dalam keempat-empat Blok Eksplorasi Baharu di luar pesisir Sarawak dan volum sumber gas asli 1,200 mmscf/d untuk memacu pertumbuhan industri hiliran, penjanaan kuasa dan hab petrokimia di Bintulu,”katanya.

Katanya, Sarawak kini dapat mengawal pengagihan gas termasuk gas petroleum cecair (LPG)  di bawah Ordinan Pengagihan Gas.

“LPG adalah barang terkawal dan harga indeks harga gas asli cecair (LNG) adalah tetap untuk seluruh Malaysia di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya.

Tambahnya, harga LPG isi rumah telah pun disubsidi sehingga 50 peratus oleh Kerajaan Persekutuan dan harga terkawal semasa untuk silinder berisi LPG 14 kilogram (kg) adalah pada RM26.60 (RM1.90/kg berbanding harga pasaran kira-kira RM4.20/kg atau RM59.80/14kg). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan