Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Dato Sri Wong Soon Koh, hari ini memuji visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mentransformasikan Sarawak kepada sebuah wilayah yang berpendapatan tinggi.

Presiden PSB ‘angkat topi’ visi Abang Johari majukan Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 25 Mei: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Dato Sri Wong Soon Koh memuji visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mentransformasikan Sarawak ke arah wilayah yang berpendapatan tinggi.

Soon Koh berkata, PSB juga ingin berterima kasih kepada Abang Johari berhubung usaha mencari sumber pendapatan baharu seperti cukai jualan negeri ke atas syarikat minyak dan gas.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan berkata, perancangan Abang Johari berjaya apabila hasil Sarawak telah berkembang kepada RM10 bilion berbanding RM6 bilion sebelum ini.

“Pada masa sama, saya berharap Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat negeri ini ketika keadaan ekonomi yang masih tidak menentu,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Tokoh perniagaan itu juga berpendapat, selepas tempoh pandemik COVID-19 kelak, keutamaan kerajaan negeri harus difokuskan kepada langkah serta bantuan yang menggabungkan usaha semua pihak.

“Ini adalah untuk memastikan pendapatan jangka pendek dan keperluan asas tersedia dan akhirnya untuk memulihkan kehidupan mereka,” tambahnya.

Sementara itu, Soon Koh memberitahu, ‘pasukannya’ sebagai ‘pembangkang bertanggungjawab’ akan memainkan peranan mereka termasuk memberi kritikan membina.

“Kami berharap kerajaan GPS akan memberi perhatian kepada apa sahaja cadangan yang kami lontarkan supaya Sarawak boleh menjadi negeri yang lebih baik,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan