Search
Close this search box.
Sarawak Metro
Projek Transit Aliran Autonomi (ART) akan beroperasi pada tahap dua, atau automasi separa. Foto: Sarawak Metro (Facebook)

Projek ART Kuching beroperasi pada tahap automasi separa

ByTVS

KUCHING, 24 Mei: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching akan beroperasi pada tahap dua, atau automasi separa.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia merangkumi enam peringkat pemanduan automasi berdasarkan definisi oleh Persatuan Jurutera Automotif, SAE.

Jelasnya, tahap sifar merujuk kepada tiada automasi manakala tahap lima adalah automasi penuh, di mana kenderaan boleh memandu dalam semua situasi tanpa campur tangan manusia.

“Dalam konteks Transit Aliran Autonomi untuk Bandaraya Kuching, kami akan beroperasi di tahap dua iaitu automasi separa di mana kenderaan boleh mengawal kedua-dua kelajuan kenderaan dan pusat lorong.”

PROJEK ART KUCHING BEROPERASI PADA TAHAP DUA

Beliau berkata demikian menerusi ucapan penggulungannya pada sesi petang hari keenam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

ART pertama di Sarawak bakal melibatkan tiga laluan yang menghubungkan Kuching, Samarahan dan Serian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan