Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Polis kenal pasti pelajar terlibat pergaduhan tular di Facebook

SANDAKAN, 24 Mei : Polis sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah di sini dipercayai berlaku petang tadi yang tular di laman Facebook hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di Jalan Elopura di sini kira-kira 2 petang.

“Punca pergaduhan serta mereka yang terlibat sedang dikenal pasti oleh pihak polis. Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Abdul Fuad berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu Insp Micheal Goh menerusi talian 016-8741216 atau 089-203223.

Dalam video berdurasi 21 saat itu, kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh dan turut kelihatan beberapa lelaki dewasa cuba meleraikan pergaduhan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan