Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Mantar Gawai 2022 di sini malam ini. Foto TVS.

Sarawak perlu bangunkan sistem data bentuk muka bumi – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Mei : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bekerjasama membangunkan sistem data terkini berkenaan bentuk muka bumi di Sarawak.

Asas kepada cadangan ini jelas Abang Johari ialah bagi memudahkan perancangan pembangunan dan pembinaan jalan.

Seterusnya , data yang dikumpul itu boleh digunakan untuk kerja – kerja kejuruteraan termasuk membina terowong di kawasan bukit.

“Ini akan lebih cepat kerana sudah ada data berbanding menjalankan kerja menarah bukit yang memakan masa.

“Kita ingin mendapatkan data tentang ciri tanah dan bentuknya bagi membolehkan kita untuk menganalisis keadaan geografi kawasan tertentu secara tiga dimensi sebagai contoh,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Mantar Gawai 2022 di sini hari ini.

Abang Johari berkata, sekiranya Sarawak membangunkan teknologi berkenaan, landskap dan ciri geografi kawasan pergunungan dapat dikekalkan serta bertepatan dengan konsep pembangunan lestari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan