Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Draf Undang -Undang Dana Berdaulat Sarawak akan dibentangkan pada November ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Rang Undang – Undang Dana Berdaulat Sarawak dibentang November ini

KUCHING, 22 Mei : Hasrat kerajaan negeri mahu menubuhkan Dana Berdaulat Sarawak akan disusuli dengan pembentangan Rang Undang – Undang berkaitan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, satu undang-undang baharu perlu digubal untuk menyelia dana berkenaan.

Katanya, Sarawak berbuat demikian kerana mahu menjaga kepentingan dan masa depan anak Sarawak.

“Kita mahu laksanakannya sebagai simpanan bagi ekonomi negeri pada masa hadapan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kawasan DUN Samariang di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan,Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sementara itu, Abang Johari turut menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasakan anak muda di negeri ini.

“Ini termasuklah memberi mereka pengetahuan secukupnya dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global yang sentiasa berubah, seperti apa yang disebut new economy,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan