Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang lelaki di Miri pada Khamis sebagai kes bunuh. Foto TVS.

Mati akibat dipukul objek keras – Polis 

MIRI, 21 Mei : Polis mengesahkan kes kematian seorang lelaki yang pada awalnya disyaki akibat terjatuh dari bangunan Pusat Komersial Boulevard Miri pada Khamis lepas merupakan kes bunuh.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, siasatan kes berkenaan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau memberitahu, bedah siasat yang dilakukan di Hospital Umum Miri mendapati terdapat kesan kecederaan teruk pada bahagian kepala lelaki itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.

“Polis telah merakamkan percakapan beberapa saksi dan hasilnya, kita mendapat maklumat seorang lelaki tempatan berbangsa Melayu dalam lingkungan usia 30-an merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa,”katanya.

Baca >>>  Media di Miri rintis kerjasama dengan KPD baharu

Sehubungan itu katanya polis sedang mengesan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada pagi Khamis lepas, polis pada mulanya mengklasifikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan