Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyeru supaya lebih ramai masyarakat Dayak mencabar diri masing - masing dengan melanjutkan pengajian hingga ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD).Foto TVS

Douglas Uggah mahu lebih ramai kaum Dayak sambung PhD

ByFebbright James

BETONG, 22 Mei : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyeru supaya lebih ramai masyarakat Dayak mencabar diri masing – masing dengan melanjutkan pengajian hingga ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Ujar Douglas Uggah, ini kerana ilmu pengetahuan dan kemahiran merupakan kunci kepada pembangunan komuniti.

“Saya ingin lihat lebih ramai komuniti Dayak maju dalam pendidikan dan seterusnya bersatu padu dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Bahagian Betong di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu, ADUN Krian, Friday Belik dan ADUN Saribas, Mohamad Razi Sitam.

Sehubungan itu beliau yang juga ADUN Bukit Saban berkata, Kerajaan Sarawak akan meneruskan usaha pembangunan terutamanya melihatkan aspek ekonomi dan pendidikan di Betong.

“Sekarang cabaran yang kita hadapi ialah dalam dua bidang berkenaan,”katanya.

Berhubung pembangunan di Betong, beliau berkata, sebelum ini kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek kesejahteraan rakyat di kawasan itu membabitkan penyediaan bekalan elektrik dan air serta jaringan jalan raya.

“Pada masa hadapan, pelbagai inisiatif akan terus dilaksanakan namun memerlukan sokongan penduduk Betong.

“Oleh itu, kerajaan akan mengatur perancangan untuk memastikan penduduk di sini tidak ketinggalan dalam aspek berkenaan,”katanya.

Sementara itu, Douglas Uggah turut menyeru agar komuniti Dayak supaya terus bersatu padu dalam memacu pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri mengalu -alukan perkongsian idea untuk melaksanakan pembangunan yang seterusnya memanfaatkan rakyat.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk penganjuran acara itu di samping menyokong penganjuran banyak lagi aktiviti kemasyarakatan di Betong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan