Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Individu bergelar Dato direman selama enam hari bagi siasatan berkaitan tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).
Individu bergelar Dato direman selama enam hari bagi siasatan berkaitan tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

VIP lindungi pengisytiharan cukai palsu direman SPRM

ByTVS

KOTA KINABALU, 21 Mei : Seorang lelaki bergelar Dato direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini bermula 21 sehingga 26 Mei depan.

Menurut sumber, suspek berusia 66 tahun yang merupakan bekas penjawat awam itu telah ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi yang mengesahkan tangkapan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan pengusaha kilang kelapa sawit di seluruh Sabah supaya tampil untuk membantu siasatan kerana mengemukakan pengisytiharan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu pada 18 Mei lalu, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan telah ditahan SPRM Sabah.

Kedua-dua mereka ditahan kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada MOF.

Mahkamah membenarkan reman selama tujuh hari terhadap kedua-dua individu berkenaan bermula 19 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022.-TVS

Tags: SPRM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan