Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rainforest World Music Festival
Foto: Rainforest World Music Festival (Facebook)

Tiket konsert virtual RWMF 2022 mula dijual hari ini

ByNurul Amarlina

KUCHING, 21 Mei: Pencinta muzik yang ingin menonton Rainforest World Music Festival (RWMF) secara langsung di rumah kini boleh menempah tiket virtual yang mula dijual hari ini.

Menurut pengumuman di Facebook rasmi RWMF, tiket untuk pesta muzik dijual pada RM25 bagi setiap blok dan boleh ditempah menerusi laman web https://rwmf.iticket.com.my/.

https://www.facebook.com/rwmf.official/posts/3938086116316129

Menerusi program itu, antara pemuzik tempatan yang bakal membuat persembahan termasuk legenda sape Sarawak Mathew Ngau Jau, Jerry Kamit and Friends, dan At Adau.

Baca juga > > > Alena Murang dan Bamboo Woods bakal meriahkan Rainforest World Music Festival 2022

Baca juga > > >  Jerry And Friends teruja sertai RWMF 2022

Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-25 penganjuran RWMF dan akan berlangsung secara hibrid buat pertama kalinya di mana penonton boleh menonton secara langsung dari rumah masing-masing menerusi laman web rwmf.net manakala konsert fizikal di Kampung Budaya Sarawak.

RWMF kali ini akan diadakan dari 17 hingga 19 Jun 2022 dengan bertemakan 25th Legendary Rainforest Celebration. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan