Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nikk Adam Kipali menyampaikan sumbangan aidilfitiri kepada pelajar-pelajar di Bahagian Mukah dan seterusnya merakamkan foto kenangan bersama-sama.

SEDC beri sumbangan kepada pelajar di Mukah

MUKAH, 21 Mei : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) buat julung kalinya melaksanakan Program Ziarah Kasih Aidilfitri SEDC di luar Kuching dan memilih daerah ini sebagai lokasi penganjuran kali ini.

Menurut Pengarah Bahagian Usahawan dan Pembangunan Komuniti, SEDC Nik Adam Kipali seramai 90 pelajar yang terdiri daripada enam buah sekolah di Mukah mendapat duit raya dan juga kelengkapan harian.

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Penakup Ulu, SK Datuk Awang Udin, SK Kampung Petanak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah, SMK St. Patrick dan SMK Three Rivers.

“Ini juga bersempena dengan ulang tahun SEDC yang ke-50 tahun pada kali ini, SEDC melalui pelbagai inisitif CSR telah memilih pelajar dari sekolah di Mukah sebagai penerima sumbangan.

“Usaha-usaha sebegini akan kita diteruskan lagi ke bahagian lain di seluruh Sarawak melalui menerusi jelajah CSR,” katanya ketika berucap pada majlis yang diadakan di Hotel Kingwood Resort Mukah di sini hari ini.

Penerima terdiri daripada golongan pelajar yang kurang bernasib baik dari enam buah sekolah terpilih berkenaan.

Ujarnya lagi ia juga merupakan program CSR tahunan SEDC Sarawak yang mana pada tahun sebelumnya, program tersebut lebih tertumpu di sekolah-sekolah di daerah Kuching.

Turut hadir Timbalan Pengarah Perhubungan Korporat dan Komunikasi selaku penganjur program iaitu Judith A. Skinner, Pemangku Pengawai Pendidikan Daerah Mukah Clement Liam dan guru-guru pengiring dari enam sekolah terlibat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan