Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya menangkap sekumpulan nelayan asing yang menceroboh kawasan pelantar minyak yang tidak berpenghuni di sekitar perairan Bintulu.

Penceroboh asing ditangkap di ‘Unmanned Platform’ di Bintulu

KUCHING, 21 Mei : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya menangkap sekumpulan nelayan asing yang menceroboh kawasan pelantar minyak yang tidak berpenghuni di sekitar perairan Bintulu.

Menurut Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, pihaknya telah menerima aduan berkenaan pencerobohan di unmanned platform di sekitar perairan Bintulu oleh bot-bot disyaki nelayan asing.

“Pasukan Maritim Malaysia berjaya menahan vesel nelayan sekitar pukul 12 tengah hari. Didapati bahawa vesel tersebut dikendalikan oleh tujuh lelaki warga asing berumur dalam lingkungan 22 tahun hinga 40 tahun yang dipercayai berasal dari negara jiran.

“Selain menceroboh mereka ini juga merosakkan peralatan dan barangan yang berada di atas pelantar tersebut.

“Seterusnya, beberapa peralatan milik pelantar minyak yang dilaporkan hilang turut dijumpai. Antara barangan yang dijumpai adalah telefon satelit, radio, selimut dan jaket keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua warga asing tersebut telah ditahan dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 378 AKta Kanun Keseksaan kerana disyaki mencuri. Kes juga akan disiasat di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Laranga 1959 (Akta 298) kerana menceroboh pelantar yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan