Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi hari ketujuh mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai Ahad lepas. Foto: JBPM

Mayat kedua pendaki Gunung Suku ditemukan selepas seminggu

IPOH, 21 Mei : Operasi hari ketujuh mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai di sini, Ahad lepas membawa kepada penemuan mangsa kedua.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Muhamad Shahrizal Aris berkata mayat ditemukan dalam keadaan sempurna dan hanya mengalami kecederaan pada badan serta kepala.

Baca lagi > > > Dua pendaki wanita hilang dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air di Gunung Suku

“Mayat wanita itu dijumpai di bawah timbunan di lokasi Sektor C (Kawasan Terowong berhampiran Jalan Besar) pada 11.20 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis pukul 11.55 pagi.

“Operasi pencarian mangsa diteruskan pada 9 pagi dengan kekuatan anggota penyelamat seramai 43 orang daripada pelbagai agensi dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan operasi tamat pukul 1 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan.

Sejak Isnin, pasukan SAR menemukan sebahagian dan cebisan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita berkenaan.

Baca lagi > > > Anggota badan dipercayai milik pendaki wanita hilang di Gunung Suku ditemukan

Kedua-dua wanita itu yang dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, masing-masing berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian pada 5 pagi, 15 Mei lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan