Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DUN Sarawak

DUN Sarawak : Projek baik pulih loji rawatan air di Beladin dikemuka kepada kerajaan negeri

KUCHING, 18 Mei : Projek membaik pulih Loji Rawatan Air Bersih Beladin dan Pembinaan High Level Tank (HLT) di Pusa dan Sepinang telah dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Sementara itu beliau memberitahu, Kampung Beting Maro merupakan salah satu kampung yang akan menikmati bekalan air terawat di bawah projek “Package 1: Water Supply Works in Kabong District” yang kini dalam peringkat pembinaan.

“Ia dijangka siap pada suku ketiga tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 hari ini.

Berkenaan dengan Projek Bekalan Elektrik dalam Skim Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF)  di Beting Maro pula, Dr Abdul Rahman berkata, ia turut dijangka siap pada suku ketiga tahun ini dan akan memanfaatkan 77 isi rumah di tiga buah kampung.

“Selain itu, empat buah kampung dengan 115 isi rumah telah disenaraikan dalam ALAF Fasa 3 dan dijangka siap pada suku pertama 2023,”katanya.

Beliau turut menjelaskan tiga buah kampung dengan 18 isi rumah pula disenaraikan dalam ALAF Fasa 5 yang kini sedang dalam peringkat tapisan kelayakan.

ALAF merupakan program berterusan secara berperingkat untuk membekalkan elektrik 24 jam terutama ke kawasan luar bandar, sejajar dengan sasaran Sarawak menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan