Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sistem penyampaian perlu tepat pada masanya

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Mei: Penekanan segera perlu diberikan untuk menangani projek infrastruktur dan telekomunikasi yang lewat bagi memastikan perkhidmatan dapat disampaikan tepat pada masanya.

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meluahkan rasa gembira kerana pelaksanaan projek yang tertangguh akibat covid-19 akan disegerakan demi faedah rakyat.

“Kerajaan Sarawak sangat komited untuk menyediakan infrastruktur asas dan perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat.

“Pembangunan infrastruktur asas seperti rangkaian jalan raya, penyediaan bekalan air dan elektrik, menaik taraf jambatan akan mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.,

“Lebih penting lagi, Kerajaan Sarawak hendaklah memberi penekanan segera menangani projek infrastruktur dan telekomunikasi yang lewat bagi memastikan penyampaian tepat pada masanya.

“Saya gembira kerana agensi pelaksana akan menyegerakan pelaksanaan projek infrastrukutur yang tertangguh akibat Covid-19 supaya rakyat dapat menikmati faedahnya.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut mengalu-alukan usaha kerajaan negeri dalam menyediakan sistem pengangkutan ke pusat-pusat ekonomi utama di Sarawak yang akan menggunakan teknologi pelepasan karbon rendah dan mengguna pakai penyelesaian digital.

“Memandangkan ekonomi Sarawak adalah ekonomi terbuka, pelabuhan laut memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan barangan.

“Ini akan meningkatkan perdagangan dan menyokong rantaian bekalan makanan,” jelas beliau.

Pengurusan pelabuhan laut Sarawak juga perlu dikaji serta ditambah baik dengan penggunaan inovasi dan menerima pakai teknologi baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan