Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta menunjukkan lokasi jalan yang akan ditutup sementara untuk kerja - kerja yang akan dilaksanakan oleh JKR.

Separuh laluan Jalan Tun Jugah ditutup sementara hingga 30 Mei

KUCHING. 17 Mei : Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menutup sementara separuh jalan di Jalan Tun Jugah bermula semalam hingga 30 Mei ini.

Menerusi kenyataan , penutupan jalan itu hanya akan dilakukan semasa kerja-kerja penyelanggaran di tapak bagi memberi ruang jentera berat melaksanakan kerja.

“Laluan jalan raya akan dibuka semula sekiranya kerja penyelanggaran dapat disiapkan awal bagi melancarkan pergerakan trafik,”jelas JKR.

Sehubungan itu, JKR menasihati pengguna jalan raya supaya memberi kerjasama dan sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan yang telah disediakan di laluan yang terlibat.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan lebih teliti sepanjang tempoh tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik di kawasan penyelenggaraan, pengguna jalan raya boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Kuching 082-203400 dan DAL HCM 011-51620097 pada waktu pejabat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan