Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis menyalurkan sumbangan komputer dan komputer riba kepada wanita daripada beberapa komuniti B40 di Sarawak

Maxis sumbang peranti digital kepada wanita B40 di Sarawak

KUALA LUMPUR, 17 Mei : Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis menyalurkan sumbangan komputer dan komputer riba kepada wanita daripada beberapa komuniti B40 di Sarawak dalam usaha membantu meningkatkan komunikasi digital kumpulan itu.

Ketua Wilayah Malaysia Timur Maxis T Bhaarathyraja berkata penerima sumbangan itu, yang diberikan menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), turut terpilih untuk menyertai eKelas Usahawan dan program pemasaran digital Maxis yang melengkapkan usahawan wanita dengan kemahiran asas pemasaran digital.

Antara yang terlibat dalam program tersebut termasuk Persatuan Ibu Tunggal Sarawak, Kelab Carnation Bahagian Kuching dan Samarahan, Sarawak Women for Women Society dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak.

“Keupayaan memanfaatkan teknologi penting terutama dalam persekitaran pascapandemik ini, tetapi tidak semua keluarga mampu memiliki peranti.

“Maxis berbesar hati dapat menyalurkan sumbangan bagi membolehkan lebih ramai komuniti berhubung dan menyertai program seperti eKelas Usahawan kami,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Pengarah JWKS Norita Bawi berkata pihaknya sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang menyediakan ekosistem digital agar wanita serta keluarga mereka memperoleh kemahiran dan akses kepada peranti yang sesuai.

“Hal ini penting supaya golongan wanita di negeri ini mampu menyumbang secara aktif dalam pembangunan yang dipacu oleh ekonomi digital,” katanya.

Sumbangan berkenaan juga merupakan sebahagian daripada komitmen Maxis kepada kempen #MYBAIKHATI.

Dalam kempen tersebut Maxis telah mengedarkan lebih 420 komputer dan komputer riba ke sekolah menengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan