Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga asing ditemukan dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai terjatuh ketika melarikan diri daripada sebuah premis hiburan yang diserbu polis.

Lelaki warga asing maut ketika lari dari pusat hiburan diserbu polis

TAWAU, 17 Mei : Seorang lelaki maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat satu sebuah premis hiburan yang diserbu polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian pukul 1.10 pagi tadi, sepasukan anggotanya memeriksa premis hiburan itu di Pusat Komersil (BDC) Jalan Ching Thien Vun yang disyaki beroperasi lebih masa.

Katanya, pemeriksaan lanjut di belakang premis pula telah berjaya menahan seorang lelaki dan manakala seorang lagi ditemukan terbaring di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.

“Lelaki yang merupakan warga asing berusia 23 tahun dipercayai terjatuh ketika cuba melarikan diri.

“Dia dibawa ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 8.38 pagi tadi,”katanya menerusi kenyataan media lewat petang tadi.

Sementara itu, dalam pemeriksaan pagi tadi, Jasmin memberitahu, polis berjaya menahan lima individu iaitu empat lelaki dan seorang wanita berusia 17 sehingga 45 tahun.

“Mereka ditahan kerana dipercayai masuk dan tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah,”katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Sabah 1958 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/1963.

Berhubung kematian warga asing itu, Jasmin memberitahu, pihaknya kini memulakan siasatan terperinci dan telus untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,”katanya. -TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan