Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGABS bercadang untuk menubuhkan sebuah akademi golf untuk melatih golongan remaja dalam sukan itu. Foto Evanto.

Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2022 Jun ini

LABUAN, 17 Mei : Kelab Golf Labuan (LGC) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan kali ke-29 (kategori lelaki) dan ke-22 (kategori wanita) pada 17-19 Jun ini, selepas dua tahun kejohanan itu tertangguh susulan pandemik COVID-19. 

Presidennya Datuk Gapilin Nasaruddin berkata kejohanan yang akan berlangsung di padang kelab golf berkenaan di sini menyasarkan penyertaan kira-kira 112 pemain termasuk 20 pemain wanita.

“Kali ini kami menyasarkan penyertaan pemain dari Sabah dan Sarawak, selain Semenanjung serta Brunei. Setakat 15 Mei lepas 106 pemain termasuk 18 pemain wanita yang mewakili beberapa kelab telah mengesahkan penyertaan mereka.

“Kita yakin jumlah itu akan terus meningkat kerana tarikh tutup penyertaan masih dibuka hingga 16 Jun iaitu sehari sebelum kejohanan bermula,” katanya pada sidang akhbar di LGC di sini, semalam.

Beliau berkata lapan pemain dari Brunei juga telah mendaftar bagi menyertai kejohanan itu, bagaimanapun ia bergantung kepada kesediaan negara berkenaan membuka pintu sempadannya.

Gapilin memberitahu antara pemain yang dijangka memberi saingan pada kejohanan kali ini ialah Christopher Daniel James dari Kelab Golf Kudat (KGC), juara Golf Amatur Terbuka Labuan 2012, Kevin G. Pius serta juara Terbuka Sandakan dan juara Kejohanan Terbuka Borneo, Mohd Zariq Encho. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan