Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) Stampin candidate Lo Khere Chiang

Masalah banjir di Batu 7, Kota Sentosa bakal selesai – Lo Khere Chiang

KUCHING, 13 Mei : Penduduk di Batu 7 dan Kota Sentosa bakal menarik nafas lega apabila projek rancangan tebatan banjir di Sungai Semenggo, Stakan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang berkata, projek yang menelan kos RM7.46 juta itu telah dilaksanakan pada bulan lepas dan dijadualkan siap pada April 2024.

“Setiap tahun pasti akan ada isu dan aduan mengenai masalah banjir di kawasan ini.

“Oleh itu perlaksanaan projek tebatan banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini diharap dapat mengurangkan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kota Sentosa, di samping dapat menjadi tempat takungan air,” katanya.

Khere Chiang berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek tebatan banjir itu di sini hari ini.

Skop projek berkenaan membabitkan kerja-kerja naik taraf kawasan parit di bahagian belakang deretan kedai lama sepanjang 36 kaki dan diperbesarkan daripada tiga meter kepada 12 meter.

Pada masa yang sama, beliau turut mengulas berkenaan masalah jalan rosak di Taman Matang Jaya 3 baru-baru ini.

“Kerja baik pulih jalan tersebut akan segera dilakukan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini.

“Aduan serta keadaan jalan telah diambil perhatian dan kerja baik pulih akan dilaksanakan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kontraktor yang dilantik,” ujarnya lagi.

Beliau memberitahu, kontraktor yang bertanggungjawab sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya kerana telah membuka semua saliran dan mengalihkan parit ke tempat yang tidak sesuai.

“Hal ini telah menyebabkan kejadian tanah runtuh dan merosakkan jalan tersebut,” katanya lagi.

Projek baik pulih jalan yang akan dilaksanakan nanti juga akan melibatkan pembinaan parit baharu bagi menyelesaikan masalah tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan