Search
Close this search box.
Malaysia akan menjadi tuan rumah bag
Foto : Olympic Council of Malaysia

Malaysia jadi tuan rumah Sukan SEA Ke-34 pada 2027

KUCHING, 12 Mei: Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA untuk edisi ke-34 pada 2027 selepas pengumuman itu dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi laman media sosial pada hari ini.

“Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebulat suara memberikan penganjuran Sukan SEA edisi ke-34 pada 2027 kepada Jawatankuasa Olimpik Negara (NOC) Malaysia,” menurut MOM dalam Facebook nya sebentar tadi.

https://www.facebook.com/Olympic.Council.Malaysia/posts/10158952525222261

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat SEAGF yang berlangsung di Hanoi pada pagi tadi dengan pemilihan berdasarkan turutan abjad.

Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2017, di mana kontinjen negara muncul sebagai juara dengan mengutip pingat keseluruhan sebanyak 145 pingat emas, 92 perak, dan 86 gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan