Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada pengecualian bayaran sewa untuk Festival Makanan Kuching 2022

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Mei: Datuk Bandar Kuching Selatan, Wee Hong Seng menafikan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengecualikan bayaran sewa kepada kaum Cina sempena Festival Makanan Kuching 2022.

Tegas beliau, harga sewa yang ditetapkan adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini dan dikenakan kepada semua peniaga yang terlibat.

Dakwaan yang bersifat perkauman itu akan menganggu tujuan utama festival berkenaan kelak selain menjejaskan keharmonian rakyat Sarawak.

“Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini dilakukan secara sengaja atau tidak tetapi tolong jangan merosakkan keharmonian di Sarawak.

“Tiada istilah orang Cina tidak perlu bayar, orang Melayu perlu membayar sewa tapak gerai kerana apabila sewa ditetapkan dengan semua orang perlu membayarnya” katanya semasa ditemui di Majlis Penyampaian Sijil Sempena Kempen Kebersihan Tandas Kuching 2022 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada Rabu.

Tambahnya, pihak MBKS cuba untuk mengekalkan harga sedia ada meskipun kos penyewaan tapak dan khemah semakin meningkat bagi membantu para peniaga.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan informasi yang benar bagi mengelak sebarang maklumat yang salah.

Festival Makanan Kuching 2022 dijadualkan untuk berlangsung bermula 29 Julai hingga 21 Ogos ini bertempat di Dewan Masyarakat MBKS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan