Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, seramai 103 individu telah berjaya ditangkap menerusi Op Bersepadu Lejang Khas (OBLK) dan empat sindiket iaitu Geng Wan Kurus, Geng Oscar, Geng Jalil dan Geng Kancil dilumpuhkan. 

Tiada kompromi terhadap samseng jalanan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Mei: Susulan kejadian pada 20 April lepas yang melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun yang dipukul sehingga cedera pada bahagian muka dan kepala, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, berkata suspek telah dituduh pada 28 April lalu di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Semakan pihak polis mendapati suspek menjalankan perniagaan sendiri, mempunyai empat rekod jenayah lampau yang disiasat dan tiga kes dadah yang disiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung tangkapan suspek kes buli orang kurang siuman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada pagi tadi (Rabu).

Terdahulu, mangsa yang merupakan penjawat awam telah dipukul ketika sedang membantu mengawal lalu lintas yang sesak akibat kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di Jalan Astana, Kuching.

Dalam perkembangan lain, pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda ditahan pihak polis sekitar jam 2:15 petang pada 2 Mei lepas susulan tindakannya yang memandu secara berbahaya dan menghalang kenderaan lain di Jalan Tun Abang Haji Openg dalam kejadian pada 1 Mei 2022.

“Suspek bertindak seperti samseng, keluar dari keretanya sebelum meluru dan menerkam mangsa.

“Suspek bertindak mengetuk cermin kereta dan memberikan kata-kata ugutan sehingga menakutkan mangsa,” jelas Ahsmon.

Suspek merupakan seorang lelaki berusia 42 tahun dan kes dirujuk kepada Pejabat Peguam Negeri untuk dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan