Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandelela dan Dhabitah capai sasaran Malaysia sapu bersih emas terjun dalam acara 10 meter platform seirama wanita Sukan SEA ke-31.
Pandelela dan Nur Dhabitah tidak berdepan masalah menghadiahkan emas kesembilan negara acara terjun sebentar tadi. Foto: Twitter Atlet Malaysia

TERKINI : Pandelela dan Dhabitah capai sasaran Malaysia sapu bersih emas terjun

HANOI, 11 Mei : Seperti dijangka, gandingan penerjun bertaraf Olimpik ditampilkan Malaysia, Dato Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10 meter platform seirama wanita Sukan SEA ke-31 tidak berdepan masalah meraih emas.

Beraksi di Pusat Akuatik My Dinh yang menjadi lubuk emas negara, Pandelela dan Nur Dhabitah unggul dalam acara itu apabila mengumpul 292.14 mata selepas melengkapkan enam terjunan.

Pasangan Singapura, Ong Rei En dan Ong Sze En yang cuba mencabar hanya sekadar berupaya mencatatkan pungutan 225.42 untuk berpuas hati dengan pingat perak manakala wakil tuan rumah mengutip gangsa.

Pingat emas kelapan acara terjun yang dimenangi oleh Pandelela dan Nur Dhabitah bermakna misi skuad terjun untuk menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan di Vietnam tercapai.

Ini sekaligus mengulangi pencapaian Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Sebelum Pandelela dan Nur Dhabitah turun beraksi hari ini, Mohd Syafiq Puteh terlebih dahulu menceriakan kem negara apabila menang pingat emas acara tiga meter papan anjal lelaki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan