Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
HANOI, May 11 -- A commendable performance with a variety of techniques displayed by Mohd Taqiyuddin Hamid (left) and Sazzlan Yuga (right) gave an advantage to the national silat exponents to defend the gold medal in the men's ganda (doubles) event at the 31st SEA Games here today. —fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

Sukan SEA : Juara dunia silat sumbang emas ketujuh Malaysia

HANOI, 11 Mei : Aksi mantap dengan kepelbagaian teknik yang ditampilkan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga memberi kelebihan kepada gandingan pesilat negara itu untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.

Pasangan berkenaan mengungguli acara final tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan Bac Tu Liem (Bac Tu Liem Sporting Center), setelah memperoleh 9.905 mata untuk menewaskan pencabar mereka dari Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque dan Muhammad Haziq Mohammad Zaque.

Pasangan adik-beradik itu mengutip 9.905 mata untuk meraih perak manakala gangsa milik bersama gandingan tuan rumah, Duc Danh Tran-Hong Que Le dan AbdulKarim Yusoh-Khairulmahadi Yusoh dari Thailand yang masing-masing terpaksa akur di peringkat separuh akhir semalam.

HANOI,11 Mei — Pasukan pencak silat negara yang berjaya meraih satu pingat emas dan tiga pingat gangsa dalam sukan pencak silat bergambar bersama pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Sukan Bac Tu Leim hari ini. Foto: Bernama

Kejayaan Taqiyuddin dan Sazzlan yang memenangi kategori tersebut pada Sukan SEA 2019 di Filipina, sekali gus memberikan pingat emas pertama Malaysia dalam acara pencak silat pada temasya sukan berkenaan kali ini.

Pencapaian juara dunia 2018 itu juga menghadiahkan emas ketujuh buat kontinjen Malaysia setelah acara terjun menyumbangkan enam pingat emas setakat ini.

Ketika ditemui pemberita selepas acara berkenaan, Sazzlan ternyata amat berpuas hati dengan kejayaan tersebut, sambil menyifatkan pencapaian itu melonjakkan semangat mereka untuk menampilkan aksi terbaik pada Kejohanan Pencak Silat Sedunia 2022 di Kuala Lumpur, Julai depan.

Sazzlan berkata selaku juara bertahan, beliau bersama Taqiyuddin turun tanpa rasa tekanan sebaliknya memberi sepenuh fokus untuk mempamerkan aksi terbaik hari ini.

“Kalau ikutkan, lebih berasa tekanan ketika berdepan gandingan tuan rumah, Vietnam semalam di peringkat separuh akhir. Jadi pada hari ini, kita hanya tumpu kepada persembahan kita dan tidak tengok aksi pihak lawan yang terlebih dahulu membuat persembahan,” katanya.

“Kalau ikutkan, lebih berasa tekanan ketika berdepan gandingan tuan rumah, Vietnam semalam di peringkat separuh akhir. Jadi pada hari ini, kita hanya tumpu kepada persembahan kita dan tidak tengok aksi pihak lawan yang terlebih dahulu membuat persembahan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan