Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua suspek samun kedai serbaneka 24 jam ditahan polis

Lelaki direman bantu siasatan kes buli orang kurang siuman

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Mei: Seorang lelaki berusia awal 20an direman polis selama empat hari bagi membantu siasatan kes buli orang kurang siuman.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan susulan penularan video yang menunjuknya membuli mangsa berusia 42 tahun itu di laman Facebook semalam (Selasa).

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, berkata suspek, yang bekerja di salah sebuah syarikat kurier tempatan, berjaya ditahan polis selepas laporan diterima sekitar jam 5:36 petang semalam.

“Pasukan kita telah ditubuhkan sejurus selepas menerima maklumat daripada rakan-rakan netizen dan kita telah berjaya menangkap suspek kurang daripada enam jam selepas menerima laporan.

“Pakaian yang suspek gunakan ketika kejadian juga dirampas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung tangkapan suspek kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada pagi tadi (Rabu).

Ahsmon menambah rakan sekerja suspek yang merakam video tersebut juga akan dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

“Saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” ujar Ahsmon.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, suspek dalam rakaman video yang tular tersebut jelas kelihatan bertindak menyerang mangsa dengan mengacukan mercun ke arah mangsa, selain turut menakut-nakutkan mangsa dengan cubaan untuk menumbuk dan mencucuknya menggunakan objek tumpul.

Bagaimanapun mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan, namun pemeriksaan lanjut masih dijalankan ke atasnya bagi sebarang kecederaan lain yang mungkin dialaminya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan