Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
80 peratus penduduk dari dua perkampungan di Seberang Hilir Petra Jaya akan mula berpindah ke Projek Perumahan Darul Hana bermula Ogos tahun ini.

80 peratus penduduk berpindah ke Darul Hana Ogos ini

KUCHING, 11 Mei : 80 peratus penduduk dari dua perkampungan di Seberang Hilir Petra Jaya akan mula berpindah ke Projek Perumahan Darul Hana bermula Ogos tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang turut memaklumkan berkenaan usaha kerajaan menyelesaikan isu berbangkit melibatkan baki 20 peratus penduduk.

“Seperti yang disebut pada minggu lalu, siasatan telah dilakukan selama 3 minggu pada bulan April.

“Kira-kira 80 peratus daripada pemohon di dua kampung telah berjaya diundi dan telah bersetuju dengan perumahan masing-masing.

“Perpindahan akan bermula pada Ogos 2022,” katanya di Taman Botani Sarawak pada Rabu.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pihak Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah (LCDA) serta agensi berkaitan akan meneliti beberapa isu berbangkit melibatkan baki 20 peratus penduduk, antara isu pemilikan dan urusan perbankan.

“20 peratus ekoran daripada isu tanah, pertindihan hak milik dalam kalangan adik beradik dan lain-lain isu. Ia akan diusahakan,” jelasnya.

Sebelum ini, Dr Abdul Rahman turut menjawab isu mengenai perpindahan penduduk terbabit yang mana menurutnya pihak kerajaan akan memulakan proses pemindahan pada suku ketiga tahun ini – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan