Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buah rumah dua jenis kekal berkembar tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Intan Pisang Road, Kuching-Sarawak pagi tadi. 

Dua buah rumah dua tingkat terbakar 

KUCHING, 10 Mei : Dua buah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Intan Pisang Road, di sini pagi tadi. 

Menurut Penolong Penguasa Kanan (PBK) II Law dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 pagi. 

Seramai 20 anggota dari dua BBP iaitu Batu Lintang  dan Padungan bersama jentera masing-masing telah dikejarkan ke tempat kejadian. 

Baca lagi > > > Terkini: Sebuah rumah musnah kebakaran di Tabuan Dayak

“Sejurus tiba di tempat kejadian kami mendapati kebakaran membabitkan dua buah rumah jenis kekal berkembar dua tingkat berkeluasan 35 X 40 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

“Sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni musnah sepenuhnya manakala sebuah rumah yang berpenghuni terbakar sepenuhnya di bahagian tingkat atas rumah,”  

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SESCO turut terlibat didalam operasi pemadaman tersebut.

Pihak bomba sedang giat menjalankan pemadaman api yang berlaku di Jalan Intan Pisang Road, Kuching pagi tadi. Foto: BBP Batu Lintang

Kebakaran dapat dikawal sepenuh nya pada jam 5.41 pagi tadi dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan