Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak-kanak lelaki, tujuh tahun maut dipatuk ular berbisa selepas bermain di halaman rumah terletak di Ladang Batu 11, Jalan Oya, Sibu.
Seorang kanak - kanak lelaki meninggal dunia malam tadi selepas dipatuk ular pada petang Jumaat lepas di Jalan Oya.

Kanak-kanak tujuh tahun maut dipatuk ular

SIBU, 9 Mei : Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia maut dipercayai akibat dipatuk ular berbisa ketika bermain di halaman rumahnya di Ladang Batu 11, Jalan Oya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada Hospital Sibu mengenai kejadian itu pada pukul 12.01 tengah malam Sabtu lepas.

Katanya, terdapat dua kesan kecederaan pada bahagian tumit kiri mangsa.

“Kejadian pada petang Jumaat lepas disedari oleh ibunya yang mendapati anaknya yang berusia tujuh tahun itu dalam keadaan yang sangat lemah.

“Dia kemudian meminta bantuan majikan untuk menghantar anaknya ke hospital,”katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital pada pukul 10.46 malam pada Jumaat.

“Ujian PCR COVID-19 yang dijalankan mendapati mangsa positif virus itu.

“Ini menyebabkan pemeriksaan mayat hanya dapat dilakukan pada hari ini,”katanya.

Beliau memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan