Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC membenam UiTM FC 2 -0 di Stadium UiTM Shah Alam malam tadi. Foto Kuching City FC

Kuching City menang selesa di Shah Alam

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Mei : Kuching City FC melonjak ke kedudukan keempat Liga Premier setelah menumbangkan UiTM FC 2 – 0 malam tadi.

Beraksi di Stadium UiTM Shah Alam, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dilihat tidak berdepan masalah untuk menguasai perlawanan sejak babak pertama.

Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman meletakkan Kuching City FC di hadapan menerusi jaringan pada minit ke -24.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Memasuki babak kedua, aksi serangan balas kedua – dua pasukan tidak menjelmakan sebarang jaringan.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan kedudukan 1 -0, pemain gantian Kuching City FC,  Amir Amri Salleh meledak gol kedua pada masa tambahan.

Kuching City berpeluang untuk menduduki tangga kedua Liga Premier apabila masih kekurangan dua permainan berbanding pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Selepas lima perlawanan, Kuching City kini memiliki tiga rekod kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Sementara itu, JDT II melonjak ke tangga teratas Liga Premier selepas membelasah PDRM FC 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan