Ahli falak perjelas isu sambutan Aidilfitri lebih awal

KUALA LUMPUR, 7 Mei : Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei lalu dilakukan menggunakan kaedah pengesanan anak bulan yang baharu dimana beberapa kriteria yang sebelum ini digunapakai, telah diubah bermula Oktober 2021.

Kenal pasti simptom awal keciciran murid, UUM gembleng usaha

ALOR SETAR, 7 Mei : Sekumpulan penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menggembleng idea dan tenaga menerusi program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPaS) bagi mengenal pasti punca keciciran murid terutamanya dalam kalangan murid yang berisiko cicir.

Kuda Kepang, seni warisan yang semakin dilupakan

MUAR, 7 Mei : Kuda Kepang, seni warisan yang sudah beratus tahun lamanya bertapak di Malaysia kini ‘tenggelam’ selepas semakin kurang golongan penerus yang sanggup mempelajarinya.

18 maut dalam letupan hotel di Cuba

ANKARA / BOGOTA (Colombia), 7 Mei : Satu letupan kuat berlaku pada Jumaat di Hotel Saratoga di Havana,  ibu negara Cuba, mengakibatkan kematian dan kerosakan teruk,  lapor Agensi Anadolu.

Dua peguam, aktivis saman kerajaan, SPRM siasatan terhadap hakim

KUALA LUMPUR, 6 Mei : Dua peguam dan seorang aktivis memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Malaysia dan dua yang lain untuk menuntut perisytiharan bahawa siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah tidak berperlembagaan.  

PBS Limbang aktif bantu masyarakat

LIMBANG, 7 Mei : Sikap proaktif dalam kalangan seramai 270 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) banyak membantu Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini melaksanakan khidmat masyarakat dan operasi menyelamat.