Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bilangan kes ASF di Sarawak terkawal – Dr Stephen Rundi

KUCHING, 6 Mei 2022 : Penyakit African Swine Fever (ASF) atau Demam Babi Afrika dilaporkan terkawal di Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, tiada sebarang laporan jangkitan ASF baharu diterima setakat ini.

“Setakat 28 April yang lepas, sebanyak 17 sampel telah diuji di mana lima sampel daripada babi hutan telah disahkan positif. Daerah yang terlibat termasuk Betong dan Sibu,” kata Dr Rundi.

“Namun, tindakan telah diambil untuk mendekontaminasi dan mengosongkan premis terbabit. Pemeriksaan dan pemantauan yang berterusan mencatatkan 12 sampel negatif dan bebas ASF, termasuk beberapa ladang babi di Serian, Sri Aman dan Sibu.”

Sementara itu, Dr Rundi memberi jaminan bahawa bekalan daging menjelang perayaan Gawai yang akan datang adalah mencukupi.

Daging babi yang dibekalkan dijamin selamat dan telah diperiksa oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

“Sebanyak 2,000 ekor babi telah dieksport dari Sarawak ke Singapura setiap minggu. Ini membuktikan bahawa Singapore Veterinary Services dan Singapore Food Authority mengiktiraf langkah-langkah kawalan yang telah dilaksanakan di Sarawak,” ujar Dr Rundi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan