Search
Close this search box.
Seorang buruh binaan maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Jalan Bintawa, dekat sini pagi tadi (Rabu).

Penunggang motosikal maut, dilanggar kereta hilang kawalan

KUCHING, 4 Mei: Seorang buruh binaan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Bintawa di sini pada pagi tadi (Rabu).

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, pemandu sebuah kereta Perodua Axia yang datang dari arah Perumahan Prima menuju ke pusat bandar raya telah hilang kawalan ketika memandu di selekoh dan terbabas lalu melanggar motosikal yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Bingkok John, berkata mangsa yang dikenali sebagai Amparang Paulton, 29 tahun, dan berasal dari Kampung Kerangan di Serian, disahkan meninggal dunia oleh paramediks Hospital Umum Sarawak (HUS) di tempat kejadian.

“Siasatan awal pihak kami mendapati punca kemalangan adalah kereta dipandu oleh lelaki berusia 27 tahun yang terbabas dan masuk ke laluan mangsa,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Belau menambah, pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Polis telah bertindak menahan pemandu kereta terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelas Bingkok.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Semasa kejadian, keadaan jalan dilaporkan basah selepas waktu hujan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan