Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 241 anak-anak dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) menerima sumbangan duit raya yang disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Premier Sarawak santuni 241 anak YAKIN, beri sumbangan Aidilfitri

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 April : Seramai 241 anak dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN), termasuk 96 daripada keluarga berpendapatan rendah, menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Sumbangan berkenaan diberikan semasa majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini malam ini.

Abang Johari menyaksikan penyerahan zakat sebanyak RM443,000 daripada Pengerusi Petronesa Sdn Bhd, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohammad Shibli Abang Mohd Nailie.

Pada majlis itu, Abang Johari, yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak, turut menyaksikan penyerahan zakat sebanyak RM443,000 daripada Pengerusi Petronesa Sdn Bhd, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohammad Shibli Abang Mohd Nailie.

Dividen sebanyak RM2.022 juta turut diserahkan oleh Petronesa Sdn Bhd kepada Yayasan Sarawak yang diwakili pengarahnya, Mersal Abang Rosli. – TVS

Abang Johari menyaksikan lafaz akad penyerahan zakat Petronesa kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan