Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RCI bagi siasatan isu Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali sejak penubuhannya pada 21 Jan 2022.

Laporan akhir RCI Tabung Haji dijangka selesai Julai, 43 saksi dipanggil – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR, 28 April : Laporan akhir hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dijangka selesai Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RCI bagi siasatan isu Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali sejak penubuhannya pada 21 Jan 2022.

“Sehingga 26 April 2022, Suruhanjaya Siasatan Diraja ini juga telah mengenal pasti dan memanggil pelbagai agensi yang boleh membantu siasatan bagi mendapat gambaran dan situasi berkaitan kedudukan organisasi, pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji bermula 2014 hingga 2020.

“Selain itu, seramai 43 saksi telah dipanggil untuk merakam keterangan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan RCI susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 dan 8 Okt 2021.

Ia ditubuhkan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembah kepada Seri Paduka dalam tempoh enam bulan selepas penubuhannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Berita Berkaitan