Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM10 juta Dana Permudah Cara Warisan Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 27 April : Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta menerusi Dana Permudah Cara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan bagi menyokong pembangunan dan pemulihan sektor berkenaan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihak yang berminat untuk melaksanakan program berkaitan boleh memohon itu namun perlu memenuhi syarat -syarat ditetapkan.

Ujar beliau, objektif pengenalan dana berkenaan adalah untuk mempercepatkan pemulihan sektor -sektor berkenaan di Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Dana ini terbuka kepada penggiat seni secara individu, persatuan, pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Keutamaan adalah kepada rakyat Sarawak namun permohonan bagi mereka yang berada di luar Sarawak tetapi berminat untuk mengadakan sebarang program berkaitan akan turut dipertimbangkan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman dana berkenaan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, sekiranya terdapat pihak tertentu yang ingin menghasilkan filem, seminar atau pementasan berkaitan Sarawak, permohonan mereka akan tetap dipertimbangkan walaupun bukan berasal dari Sarawak.

Syarat lain ujar beliau, program dan aktiviti berkenaan mestilah dianjurkan di Sarawak sebagai keutamaan dan lokasi lain di Malaysia sama ada secara fizikal atau hibrid.

“Permohonan bermula hari ini sehingga 28 Oktober 2022,”katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak iaitu mtcp.sarawak.gov.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan