Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BATON ROUGE, 26 April: Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia selepas dipaksa oleh neneknya menghabiskan minuman alkohol, lapor CNN. Foto: Jabatan Polis Baton Rouge
BATON ROUGE, 26 April: Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia selepas dipaksa oleh neneknya menghabiskan minuman alkohol, lapor CNN. Foto: Jabatan Polis Baton Rouge

Nenek paksa cucu 4 tahun minum arak sehingga maut

ByNurul Amarlina

Foto: Jabatan Polis Baton Rouge

BATON ROUGE, 26 April: Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia selepas dipaksa oleh neneknya menghabiskan minuman alkohol, lapor CNN.

Kejadian pada Khamis lalu itu berpunca apabila kanak-kanak itu dipercayai minum minuman wiski yang berada di atas kaunter di sebuah premis.

Aksi kanak-kanak tersebut telah menimbulkan kemarahan neneknya, Roxanne Record, 53, dan ibunya, Kadjah Record, 28.

Neneknya kemudian memaksa kanak-kanak itu menghabiskan keseluruhan baki alkohol yang masih ada dalam botol tersebut dalam keadaan melutut.

Menurut polis, ibu kanak-kanak tersebut menyedari apa yang berlaku namun hanya berdiam diri dan tidak membuat apa-apa.

Ibunya dilaporkan tidak meminta bantuan kecemasan sehingga lah kanak-kanak tersebut berhenti bernafas.

Pihak bantuan kecemasan yang tiba kemudian cuba menyelamatkan kanak-kanak itu namun tidak berjaya.

Polis berkata, Roxanne memberitahu polis bahawa “dia mengaku kesalahannya dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian mangsa.”

Sementara itu, pihak polis mengesahkan bahawa kadar kandungan alkohol yang terkandung dalam darah kanak-kanak tersebut adalah 0.680 peratus, iaitu ‘dos maut’.

Menurut kajian University of Notre Dame yang dipetik oleh CNN, tahap kandungan alkohol dalam darah sebanyak 0.25 peratus boleh menyebabkan keracunan alkohol, manakala tahap kandungan yang lebih tinggi daripada 0.40 peratus boleh menyebabkan koma atau maut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan